Harga dan Lokasi Kerja Bersama di Malaysia

20% DISKAUN 12 Bulan


Lokasi Seluruh Dunia

Ruang Hot Desk Ruang Dedicated Desk Pejabat Hubungi Kami hari ini!
Menara Ilham, Malaysia iht-building-thumb-1.jpg

RM440

RM640

RM1400

Panggil +603 2117 5000

Hubungi Kami

Harga Pakej Kerja Bersama di Kuala Lumpur

 

Perbezaan dengan Servcorp

   

Tanpa ragu, Ruang Kerja Bersama Servcorp adalah adalah tempat kerja yang isitimewa, di mana pekerja berkembang - ruang kerja berasaskan keahlian di mana pelbagai kumpulan freelancer, pekerja jarak jauh, dan profesional bebas lain bekerja dalam suasana yang dikongsi bersama. Pilih daripada dua lokasi utama di pusat bandar Kuala Lumpur.

Kebahagiaan dalam perniagaan adalah penyelesaian IT yang mudah berfungsi, pasukan profesional untuk diagihkan tugas, dan Komuniti Imagineers yang berfikiran sama untuk bekerja bersama. Pelanggan kami disambut oleh pasukan kami di 150 lokasi di seluruh dunia.

Daftar hari ini dan nikmati terma bulanan yang fleksibel serta pasukan pentadbiran khusus berdasarkan permintaan. Akses ke lebih 150 lokasi Servcorp di seluruh dunia - ruang yang direka indah dan pelbagai.

   

Keupayaan untuk berhubung dengan ahli lain secara dalam talian dan secara peribadi. Internet super pantas & 100% selamat yang berasaskan gentian & dikendalikan Tier-1. Sokongan IT dalaman yang tersedia khas untuk anda - hanya perlu dail *1. Kawasan awam dan ruang kerja yang luas dan unik termasuk meja, kerusi, lampu, dan kabinet simpanan boleh dikunci. Mesin penyalin/pengimbas/pencetak berbilang fungsi kelas perniagaan. Bilik telefon peribadi juga tersedia di setiap tingkat untuk panggilan peribadi. Ruang Kerja Bersama Servcorp memang tidak tertanding.

Servcorp Kuala Lumpur juga penuh dengan pelbagai tarikan budaya – nikmati masakan tempatan dan terokai apa yang ditawarkan oleh bandar ini. Selami budaya Malaysia dengan tip terbaik dan bantuan daripada pasukan pembantu pelanggan (front-of-house) khas anda untuk membuat tempahan. Servcorp memberi anda masa untuk menikmati hidup anda.

Soalan Lazim

Sebagai pelanggan Servcorp Coworking, anda boleh memilih pilihan Hot Desk atau pilihan Dedicated Desk kami.

Ruang Kerja bersama (Coworking) ialah gaya ruang kerja baru di mana orang daripada syarikat yang berbeza berkongsi ruang terbuka dan bukannya bekerja di pejabat persendirian. Ruang kerja bersama boleh mencipta tempat kerja yang lebih baik dan memupuk cara kerja yang lebih baik; perkongsian ruang dengan profesional lain yang berfikiran sama bukan sahaja mewujudkan tempat kerja yang lebih dinamik, ia juga jauh lebih berkesan dari segi kos berbanding ruang pejabat biasa. Ruang Kerja Bersama Servcorp menyediakan pelbagai persekitaran kerja untuk dipilih. Sama ada anda suka bekerja di salah satu sofa kulit halus kami, mengadakan mesyuarat pasukan kecil di salah satu pondok kami, bekerja dari kaunter bar supaya anda boleh sentiasa menikmati kopi dan teh premium kami, atau memiliki meja peribadi anda sendiri, semestinya ada ruang yang sesuai dengan gaya kerja anda. Kebanyakan ruang Kerja Bersama kami dilengkapi dengan pondok telefon kalis bunyi, jadi anda tidak perlu risau tentang orang lain pasang telinga mendengar panggilan penting atau peribadi anda. Servcorp Coworking menghubungkan anda dengan rangkaian profesional sejagat untuk berkongsi idea dan bekerja dengan lebih bijak.

Beberapa kelebihan eksklusif Servcorp Coworking adalah anda mempunyai perkhidmatan sokongan perniagaan tambahan yang biasanya tidak terdapat di ruang Kerja Bersama yang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan alamat Servcorp sebagai tempat perniagaan anda untuk mendaftarkan syarikat baru atau untuk Servcorp mengendalikan mel anda. Anda juga boleh meminta nombor telefon perniagaan tempatan dijawab dengan cara yang anda suka dan dipindahkan ke telefon bimbit, rumah atau mana-mana nombor pilihan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Ruang Kerja Bersama Servcorp.

Sebagai pelanggan Hot Desk, anda boleh memilih mana-mana meja atau tempat duduk pondok (booth) yang tersedia di ruang kerja bersama semasa waktu perniagaan - anda hanya perlu membawa laptop anda dan mula bekerja. Siapa cepat, dia dapat!

Sebagai pelanggan Dedicated Desk, anda akan mendapat meja peribadi di ruang pejabat bersama khas untuk kegunaan anda 24/7, 365 hari setahun. Secara umumnya, kami ada antara 5 dan 15 meja di ruang Dedicated Desk, tetapi anda juga bebas untuk bekerja ruang kerja bersama.

  • Penggunaan ruang kerja bersama di lokasi asal anda
  • Wi-Fi yang selamat dan berkelajuan tinggi
  • Baucar Bulanan boleh digunakan untuk akses pelawat ke ruang kerja bersama, kemudahan percetakan atau perkhidmatan pasukan
  • Percetakan rangkaian yang diaktifkan dari mana-mana meja atau tempat duduk
  • Akses penuh kepada pasukan setiausaha dan bantuan IT di lokasi
  • Acara Bertemu Komuniti Berkala dan Waktu Riang Ria (Happy Hour)
  • Nikmati Kopi, Teh Twinings dan minuman buah-buahan tanpa had
  • Berkolaborasi, bekerja dan bersosial dengan komuniti lebih daripada 50,000 jurutera impian

Pelanggan boleh menggunakan Wi-Fi yang pantas dan selamat dengan kabel gentian optik yang bersambung ke ISP dan pengasingan hos yang canggih. Kami telah melabur banyak dalam kelajuan dan keselamatan serta menawarkan dua pilihan Wi-Fi. Wi-Fi Percuma kami berfungsi dengan lebih baik dan lebih pantas daripada standard industri dan dilindungi oleh kata laluan yang dikongsi. Pilihan Wi-Fi Selamat kami dijamin dengan log masuk & kata laluan unik anda sendiri, sepantas kilat dan mempunyai teknologi penyulitan AES standard industri tertinggi untuk menjamin pengalaman Internet yang selamat.

Sudah tentu! Terdapat pelbagai perkhidmatan opsyenal untuk membantu perniagaan atau gaya kerja anda: misalnya tempahan bilik mesyuarat peribadi seawal 10 minit, sokongan setiausaha atau IT. Pengalaman panjang Servcorp dalam menyediakan perkhidmatan sokongan perniagaan boleh memberi anda kebebasan untuk memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan anda sendiri.

Perkhidmatan opsyenal yang paling popular adalah menggunakan alamat bertaraf 5 bintang kami sebagai alamat korporat ANDA/ATAU memiliki nombor telefon tetap dengan seorang penyambut panggilan untuk menjawab panggilan anda.

Setiap ahli Coworking akan menerima Baucar Bulanan yang boleh digunakan untuk akses lounge kerja bersama (untuk pelawat anda atau untuk digunakan di lokasi Servcorp lain di seluruh dunia), mencetak dokumen atau mendapat perkhidmatan setiausaha. Setiap bulan, ahli Hot Desk akan menerima baucar bernilai MYR 160 manakala ahli Dedicated Desk akan menerima baucar bernilai MYR 400.

Tidak. Baucar harus digunakan dalam bulan ia diagihkan kepada ahli

Ya. Gunakan Baucar Bulanan anda untuk membawa tetamu ke dalam lounge kerja bersama. Anda juga boleh membeli sesi kegunaan sebanyak MYR 48 sejam atau MYR 288 sehari.

Jika anda menggunakan baucar anda untuk tetamu anda, anda boleh mengadakan mesyuarat tidak formal di ruang kerja bersama. Untuk mesyuarat peribadi, anda perlu membuat tempahan bilik mesyuarat. Kami tidak menyediakan ruang mesyuarat percuma, tetapi anda boleh menempah fasiliti kami secara dalam talian dengan kadar yang berpatutan - dengan cara ini anda boleh pastikan anda mempunyai bilik mesyuarat yang tersedia. Ia bayar mengikut keperluan. Untuk mesyuarat Skype atau telefon, anda boleh menggunakan pondok telefon persendirian secara percuma (tidak tersedia di semua lokasi).

Ya, kami menyediakan sebuah telefon video IP Cisco di setiap meja di ruang coworking untuk kegunaan anda. Panggilan yang dibuat akan dikenakan caj secara berasingan. Jika anda telah melanggan untuk menggunakan nombor telefon tempatan kami, telefon IP Cisco di meja akan dikonfigurasi secara automatik kepada nombor tempatan anda melalui aplikasi di telefon pintar anda (di lokasi terpilih sahaja). Anda akan dapat membuat panggilan telefon menggunakan nombor anda sendiri pada telefon IP Cisco di mana-mana meja.

  • Raung Hot Desk:
    • Akses mana-mana telefon yang tersedia dalam pondok telefon kalis bunyi kami
  • Ruang Dedicated Desk:
    • Anda boleh memohon untuk menggunakan nombor telefon tersendiri dan memiliki telefon video IP Cisco sendiri di Meja Peribadi anda dengan elaun panggilan percuma bulanan (ke mana-mana destinasi)

  • Ruang Hot Desk
    • Kami menyediakan loker simpanan yang boleh disewa
  • Ruang Dedicated Desk
    • Pelanggan akan menerima kabinet penyimpanan yang boleh dikunci untuk kegunaan mereka

Ya, apabila menggunakan Baucar Bulanan anda, anda boleh mengakses mana-mana ruang kerja bersama Servcorp di luar bandar anda di lebih 150+ lokasi di seluruh dunia. Ruang kerja bersama berbeza dari segi saiz dan berbeza di setiap lokasi.

Kami percaya bahawa anda perlu datang melihat sendiri untuk memahami Servcorp dengan sepenuhnya. Sila minta satu lawatan dan kami dengan senang hati akan mengatur lawatan pejabat di lokasi yang sesuai untuk anda.

Pakej langganan akan diperbaharui secara bulanan, oleh itu kontrak kami sangat fleksibel.

  • Ruang Hot Desk
    • Tiada deposit keselamatan perlu dibayar untuk Keahlian Hot Desk apabila anda membayar dengan kad kredit. Walau bagaimanapun, jika membayar melalui pindahan wang dari akaun bank, deposit keselamatan perlu dibayar.
  • Ruang Dedicated Desk
    • Deposit keselamatan 1 bulan perlu dibayar untuk kontrak Dedicated Desk. Deposit keselamatan akan dikembalikan sepenuhnya dengan syarat anda telah menyelesaikan sebarang yuran tertunggak yang berkaitan dengan keahlian anda.

Satu yuran tetapan (setup fee) akan dikutip satu kali untuk semua keahlian Kerja Bersama.

Kami memerlukan notis sebulan penuh dengan semua keahlian kerja bersama. Jika anda memberi notis dalam tempoh sebulan, pembatalan akan berkuat kuasa pada hari terakhir bulan berikutnya.