Soalan Umum

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Servcorp?

Servcorp menyediakan penyelesaian ruang kerja fleksibel di seluruh dunia: Pejabat PersendirianPejabat MayaRuang Kerja Bersama, dan Bilik Mesyuarat.
Selain itu, sebagai pelanggan Servcorp yang anda boleh gunakan:

  • Alamat berprestij untuk digunakan pada kad perniagaan, kepala surat (letterhead) dan bahan promosi anda
  • Ruang kerja moden dan bergaya dengan kaunter penyambutan tetamu, ruang istirahat  bersama, pantri, peralatan pejabat
  • Kemudahan bilik lembaga dan bilik mesyuarat yang serba lengkap di seluruh dunia
  • Infrastruktur IT dan telekomunikasi yang paling terkini, dengan Internet yang pantas dan selamat
  • Komuniti yang terdiri daripada 50,000+ profesional perniagaan yang boleh anda jalankan urusan jual beli
  • Acara rangkaian dan acara Komuniti untuk mengenali dan berkongsi idea dengan ahli perniagaan lain seperti anda

Bolehkah saya mendapatkan nombor telefon tempatan untuk perniagaan saya?

Servcorp menawarkan nombor telefon tempatan untuk digunakan bagi perniagaan dan bahan perniagaan anda, serta sistem mel suara interaktif 24/7 dan perkhidmatan suara-ke-emel yang membolehkan anda mendapatkan mesej-mesej anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Onefone dari App Store, supaya anda dapat membuat dan menerima panggilan pada telefon pintar anda dengan nombor telefon perniagaan tempatan anda melalui aplikasi tersebut.

Bolehkah Servcorp menyediakan penyambut tetamu untuk mengendalikan panggilan saya?

Ya, Servcorp boleh mengendalikan panggilan anda semasa waktu perniagaan apabila anda mempunyai Pejabat Kkhidmat, Pakej Komunikasi atau Pakej Pejabat Maya. Penyambut tetamu Servcorp anda akan menjawab panggilan anda menggunakan nama syarikat anda dengan segera dan tepat mengikut arahan anda.
Penyambut tetamu kami yang terlatih boleh mengendalikan peralatan komunikasi paling canggih yang tersedia. Talian anda tidak akan kedengaran sibuk, dan komunikasi anda akan dikendalikan secara profesional dan sulit. Tanpa kesilapan. Panggilan masuk anda akan dipindahkan ke rumah, pejabat, telefon bimbit anda - atau mana-mana di dunia. Anda boleh memilih cara anda ingin menerima mesej anda, dan anda boleh mengemas kini jadual atau tempat anda menerima panggilan dalam talian secara langsung.

Bolehkah saya menggunakan alamat ini untuk mendaftarkan syarikat saya?

Ya. Apabila membuat permohonan, anda boleh menggunakan alamat untuk bahan perniagaan, pendaftaran perniagaan, kad perniagaan dan/atau alamat surat-menyurat

Seberapa pantas sambungan Internet di lokasi? Adakah ia selamat?

Servcorp telah melabur banyak untuk membina Rangkaian IT global yang menawarkan infrastruktur suara dan data terkemuka dalam industri. Kami mengendalikan perkhidmatan Internet yang dikelola Tier-1 berdasarkan gentian di setiap lokasi, dengan masa operasi (uptime) 99.99%, Internet yang selamat dan berkelajuan tinggi serta mengikut Standard Wayarles terkini. Sebarang konfigurasi Internet boleh dicapai (VLAN, VPN, DMZ atau jalur lebar khusus), dan anda boleh mengakses kelajuan setinggi 1Gbps.

Adakah anda mempunyai mesin fotostat, pengimbas, faks, dll. yang boleh saya gunakan?

Ya. Pelbagai peralatan tersedia untuk anda gunakan atas dasar bayar selepas diguna, seperti mesin fotostat berwarna, pencetak, pengimbas, faks, mesin penghancur, dan sebagainya Anda benar-benar boleh bekerja tanpa kerumitan. Cetak dari mana-mana meja!

Adakah terdapat peluang untuk berkomunikasi dengan orang lain?

Ya. Anda boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli lain di ruang kerja bersama. Anda juga boleh menyertai acara kami seperti acara rangkaian perniagaan, acara amal, sesi kecergasan, atau parti koktel yang akan memberi anda lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan lebih ramai orang!

Selain itu, dengan Komuniti Servcorp anda mendapat akses kepada komuniti dalam talian kami yang terdiri daripada 50,000+ pengguna untuk berhubung dan menjalani urusan jual beli.

Apakah Servcorp Home?

yang dibangunkan khusus untuk pelanggan, Servcorp Home kami membolehkan anda:

  • Menguruskan pemindahan panggilan, menjawab panggilan dan mesej anda dalam talian secara masa nyata
  • Membuat tempahan bilik mesyuarat, bilik lembaga, kemudahan, dan sumber dengan serta-merta
  • Mengurus dan menukar tempahan anda dalam talian dan masa nyata
  • Menguruskan perkhidmatan perniagaan anda, membuat tempahan kurier, alat tulis, dan perkhidmatan terjemahan
  • Memuat turun dan melihat invois anda pada bila-bila masa
  • Mengakses Servcorp Community, platform sosial hanya untuk ahli Servcorp yang memaparkan kandungan eksklusif seperti artikel menarik, tawaran diskaun, dan maklumat acara. Direktori Community membolehkan anda menyenaraikan profil perniagaan anda, mencari ahli Komuniti yang serasi atau berhubung dengan rakan kongsi perniagaan yang berpotensi.

Saya ingin berkembang ke bandar-bandar baru. Bagaimanakah Servcorp boleh membantu?

Apabila anda menyertai rangkaian Servcorp di seluruh dunia, kami boleh membantu anda berkembang ke mana-mana lokasi Servcorp di 44 bandar di seluruh dunia. Dengan Servcorp, anda boleh memiliki status sebagai syarikat multinasional tanpa overhed atau kos. Kami akan menempatkan anda di bandar pilihan anda dan anda boleh mula beroperasi dalam beberapa minit sahaja! Selain itu, jika anda adalah pelanggan pejabat persendirian, anda boleh "Menguji dan Mencuba" di lokasi lain dalam rangkaian Servcorp dengan keahlian Pejabat Maya percuma selama 2 bulan (caj penggunaan standard terpakai).

Siapa yang boleh saya hubungi untuk dapatkan maklumat lanjut?

Klik Hubungi Kami dan Pengurus Servcorp akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana saya boleh memohon untuk menyertai Pasukan Servcorp?

Servcorp menyediakan budaya unik di semua lokasinya di seluruh dunia dan kami berbangga dengan etos keseimbangan kerja-kehidupan kami. Kami adalah organisasi yang bereputasi tinggi dan dinamik dengan pasukan yang dipilih dengan teliti. Jika anda berminat untuk menyertai pasukan Servcorp, sila hantar e-mel ke marketing.malaysia@servcorp.com.my

 

Pejabat Persendirian

Apakah pejabat persendirian Servcorp?

Anda mempunyai segala yang anda perlukan untuk mula menjalankan perniagaan anda sebaik sahaja anda berpindah masuk ke pejabat persendirian Servcorp. Untuk perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana, kos untuk pejabat yang diservis jauh lebih berpatutan daripada kaedah tradisional, iaitu melabur dalam sewaan dan pemasangan pejabat sendiri. Ia boleh menjimatkan kos bulanan setinggi 60% berbanding dengan menubuhkan pejabat anda sendiri. Berbeza dengan ruang pejabat tradisional, anda akan mendapat pejabat yang lengkap , penggunaan infrastruktur IT global Servcorp dengan internet pantas dan selamat, rangkaian telefon IP perusahaan global dengan pelan panggilan percuma, akses kepada peralatan pejabat seperti mesin fotostat/pencetak/pengimbas dokumen, akses kepada dapur serba lengkap dan banyak lagi. Semua perkhidmatan seperti Bilik Mesyuarat dicaj berdasarkan bayar-selepas-diguna, jadi anda tidak akan membayar untuk perkhidmatan yang anda tidak pernah gunakan.

Servcorp juga mempunyai pasukan setiausaha profesional terlatih di setiap lokasi serta pasukan IT kami sendiri yang tersedia untuk menyokong perniagaan anda. Ahli pasukan yang berdedikasi mengendalikan segala-galanya, termasuk menjawab panggilan menggunakan nama syarikat anda serta mengurus mel dan kurier anda.
Pasukan Servcorp menyediakan perkhidmatan melebihi apa yang ditawarkan di pejabat persendirian yang lain. Anda juga boleh memilih perkhidmatan tambahan, pasukan kami boleh melaksanakan pelbagai tugas untuk menyokong perniagaan anda, termasuk penyediaan pembentangan, kerja terjemahan, jurubahasa, membantu dengan panggilan jualan, menjadualkan janji temu dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut tentang pejabat persendirian Servcorp.

Apakah yang termasuk dalam pejabat persendirian Servcorp?

Sebagai pelanggan Servcorp, pejabat persendirian anda termasuk:

  • Suite pejabat yang serba lengkap
  • Seorang penyambut tetamu khas untuk anda
  • Pengendalian mel, kurier dan penyambutan pelawat
  • Akses kepada perkhidmatan kesetiausahaan dan pembantu peribadi berbilang bahasa
  • Akses ke bilik lembaga, bilik mesyuarat dan suite harian yang serba lengkap
  • Teknologi IT terkemuka; Internet Gentian Tahap 1 terurus yang Selamat, Pantas, dengan masa operasi (uptime) setinggi 99.9%
  • Teknologi komunikasi terkemuka; Telefon IP, elaun panggilan percuma, mel suara-ke-e-mel, e-faks, pemindahan panggilan yang canggih
  • Servcorp Home: akses Komuniti Servcorp, buat tempahan, urus pemindahan panggilan anda, muat turun invois
  • Kaunter penyambutan yang menakjubkan dengan pemandangan yang indah
  • Dapur kontemporari dengan peti sejuk serba lengkap dan mesin kopi espresso
  • Akses ke ruang kerja bersama untuk mengadakan mesyuarat tidak rasmi atau berehat di luar pejabat anda
  • Acara rangkaian di mana anda boleh bertemu orang yang serasi dengan anda

Di manakah lokasi pejabat persendirian anda?

  • Australia: Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, Canberra, Adelaide, Hobart
  • New Zealand: Auckland, Wellington
  • Japan: Tokyo, Yokohama, Nagoya, Osaka, Fukuoka
  • Asia: Shanghai, Beijing, Chengdu, Guangzhou, Singapore, Bangkok, Kuala Lumpur, Manila, Mumbai, Hyderabad
  • Timur TengahDubai, Abu Dhabi, Bandar Kuwait, Doha, Manama, Beirut, Istanbul, Riyadh, Jeddah, Al Khobar-Dammam,
  • Europe: London, Paris, Brussels, Berlin
  • USA: Washington DC, Chicago, New York, Houston

Berapa ramai orang yang boleh muat dalam Pejabat Servcorp?

Kami mempunyai pelbagai saiz pejabat untuk memenuhi keperluan anda. Lazimnya, pejabat kami boleh memuatkan dari 1-10 orang tetapi juga boleh memuatkan seramai 20 orang atau lebih.

Berapa lamakah komitmen kontrak pejabat persendirian saya?

Tempoh minimum kontrak di Servcorp ialah sebulan.

Adakah saya perlu membayar deposit sekuriti? Adakah deposit ini boleh dikembalikan?

Deposit sekuriti sebanyak 1-2 bulan akan dikenakan untuk kontrak pejabat persendirian. Deposit ini akan dikembalikan sepenuhnya dengan syarat sebarang bayaran tertunggak untuk kontrak ini telah dijelaskan.

Bolehkah pelanggan pejabat persendirian mengakses Lokasi Servcorp lain?

Ya. Pelanggan pejabat persendirian Servcorp boleh mengakses mana-mana 150 lokasi Servcorp di seluruh dunia. Anda boleh menggunakan mana-mana lounge kerja bersama di luar bandar anda selama 3 jam sehari. Anda juga boleh menggunakan pejabat persendirian di bandar lain selama 5 hari sebulan apabila anda bekerja di luar lokasi asal anda (tertakluk kepada tempahan awal dan ketersediaan).

Bagaimanakah saya boleh mengatur lawatan ke pejabat persendirian anda?

Kami percaya bahawa anda perlu datang melihat sendiri untuk memahami Servcorp dengan sepenuhnya.  Sila minta satu lawatan dan kami dengan senang hati akan mengatur lawatan pejabat di lokasi yang sesuai untuk anda.

 

Pejabat Maya

Apakah Pejabat Maya Servcorp?

Dengan Pejabat Maya Servcorp, anda boleh mendapat semuanya kecuali pejabat. Anda boleh memilih untuk bekerja dari rumah, atau dari mana-mana sahaja dan mendapatkan pasukan profesional, kemudahan dan infrastruktur sebuah syarikat multinasional, tanpa kos. Pejabat Maya Servcorp membantu anda mengurangkan kos overhed dan kos lain termasuk sewa, teknologi, serta pengambilan dan latihan kakitangan yang betul. Anda boleh memilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Daripada Pakej Alamat yang ringkas kepada Pakej Komunikasi atau gabungan kedua-duanya pada kos yang lebih rendah - anda boleh memilih pakej yang diperlukan oleh perniagaan anda.

Apakah kemudahan yang disertakan dengan Pejabat Maya Servcorp?

Apakah kemudahan yang disertakan dengan Pejabat Maya Servcorp?-

Sama ada anda bekerja dari rumah - atau dari mana-mana sahaja, nilai Pejabat Maya Servcorp tinggi tidak terukur untuk perniagaan anda. Ia pada asasnya memberi anda segala-galanya kecuali ruang pejabat fizikal. Anda boleh mendapat manfaat seperti alamat perniagaan dan infrastruktur pejabat yang mantap tanpa kos berlebihan untuk menubuhkan pejabat anda sendiri.

Pejabat Maya Termasuk:

  • Alamat berprestij di mana-mana satu daripada 150+ lokasi kami di seluruh dunia untuk digunakan atas kad perniagaan atau laman web anda.
  • Nombor telefon perniagaan tempatan yang dijawab menggunakan nama syarikat anda dan dipindahkan ke rumah, telefon bimbit atau mel suara interaktif anda
  • Penyambut tetamu khas yang menguruskan panggilan anda di lokasi pilihan anda
  • Pengendalian mel dan kurier
  • Akses ke ruang kerja bersama Servcorp yang canggih dengan pemandangan hebat, Wi-Fi yang pantas & selamat serta kopi yang sedap, selama 3 jam sehari.
  • Bertemu dan bekerja dengan orang yang berfikiran sama dan menghadiri acara rangkaian percuma
  • Sistem tempahan dalam talian segera dalam Servcorp Home memastikan tempahan dibuat dengan mudah, cepat dan selamat
  • Bolehkah pelanggan Pejabat Maya menggunakan alamat untuk mendaftarkan syarikat mereka?

Bolehkah pelanggan Pejabat Maya menggunakan alamat untuk mendaftarkan syarikat mereka?

Ya. Jika anda mendaftar untuk Pakej Pejabat Maya atau Pakej Alamat, anda boleh menggunakan alamat kami yang bertaraf 5 bintang untuk tujuan bahan perniagaan, pendaftaran perniagaan, kad perniagaan dan/atau alamat surat-menyurat selepas permohonan anda diterima.

Bolehkah pelanggan Pejabat Maya mengakses Lokasi Servcorp lain?-

Ya. Pelanggan dengan Pakej Pejabat Maya boleh menggunakan ruang kerja bersama kami di seluruh dunia selama 3 jam sehari, manakala pelanggan dengan Pakej Alamat boleh menggunakannya selama 1 jam sehari.

Berapa pantaskah sambungan Wi-Fi di sini? Adakah ia selamat?

Pelanggan boleh menggunakan Wi-Fi yang pantas dan selamat dengan kabel gentian optik yang bersambung ke ISP dan pengasingan hos yang canggih. Kami telah melabur banyak dalam kelajuan dan keselamatan serta menawarkan dua pilihan Wi-Fi. Wi-Fi Percuma kami berfungsi dengan lebih baik dan lebih pantas daripada standard industri dan dilindungi oleh kata laluan yang dikongsi. Pilihan Wi-Fi Selamat kami dijamin dengan log masuk & kata laluan unik anda sendiri, sepantas kilat dan mempunyai teknologi penyulitan AES standard industri tertinggi untuk menjamin pengalaman Internet yang selamat. Anda hanya perlu membuat bayaran bulanan yang minimum untuk menikmati keselamatan dan kelajuan yang lebih pantas.

Apakah kos yang terlibat dalam Pejabat Maya? Adakah apa-apa kos tersembunyi yang terlibat?

Tiada kos tersembunyi. Anda cuma perlu membayar satu kos tetap: yuran keahlian Pejabat Maya bulanan anda. Untuk perkhidmatan tambahan, Servcorp hanya akan mengenakan caj mengikut penggunaan. Pada asasnya, anda membayar sebanyak mana yang anda gunakan sahaja.

Adakah saya perlu membayar deposit sekuriti untuk Pejabat Maya?

Deposit sekuriti tidak diperlukan jika anda membayar dengan kad kredit.

Berapa lamakah komitmen kontrak Pejabat Maya saya?

Satu bulan. Langganan Pejabat Maya Servcorp adalah berdasarkan komitmen bulanan, atau anda boleh memilih komitmen selama 12 bulan pada harga diskaun.

Bagaimanakah saya boleh menjadi ahli Pejabat Maya?

Anda tidak akan percaya betapa mudahnya untuk mendaftar! Anda hanya perlu memilih pakej dan lokasi pilihan anda, masukkan butiran kad kredit anda dan anda boleh mula beroperasi sepenuhnya dalam masa kurang daripada 5 minit! Sebagai alternatif, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan kami boleh membantu anda menjalani prosedur tersebut.

Apakah yang perlu saya serahkan semasa mendaftar untuk pakej Pejabat Maya?

Dua dokumen pengenalan diri rasmi dan sah dengan gambar, nama penuh, alamat dan tarikh lahir yang dikeluarkan oleh pejabat awam yang diiktiraf (lesen memandu, pasport, dan kad pemastautin bagi penduduk asing) hendaklah dikemukakan. Bagi syarikat, dokumen pendaftaran syarikat (kurang dari 3 bulan) juga mesti disediakan. Senarai dokumentasi yang diperlukan akan diberikan semasa anda mendaftar.

Bagaimanakah saya membatalkan keahlian Pejabat Maya saya?

Ia bergantung kepada tempoh kontrak.

Bagi keahlian bulanan, kami memerlukan notis pemberitahuan sekurang-kurangnya satu bulan kalendar penuh. Jika anda memberi notis dalam tempoh sebulan, pembatalan anda akan berkuat kuasa pada hari terakhir bulan berikutnya.

Bagi kontrak tempoh tetap 12 bulan, anda perlu memberikan notis pemberitahuan sekurang-kurangnya satu bulan kalendar penuh sebelum tarikh tamat kontrak. Jika notis anda lebih pendek daripada satu bulan sebelum tarikh tamat – kontrak akan dibatalkan pada hari terakhir bulan selepas tarikh tamat.

 

Ruang Kerja Bersama

Apakah Ruang Kerja Bersama (Coworking) Servcorp?

Sebagai pelanggan Servcorp Coworking, anda boleh memilih pilihan Hot Desk atau pilihan Dedicated Desk kami.  

Ruang Kerja bersama (Coworking) ialah gaya ruang kerja baru di mana orang daripada syarikat yang berbeza berkongsi ruang terbuka dan bukannya bekerja di pejabat persendirian. Ruang kerja bersama boleh mencipta tempat kerja yang lebih baik dan memupuk cara kerja yang lebih baik; perkongsian ruang dengan profesional lain yang berfikiran sama bukan sahaja mewujudkan tempat kerja yang lebih dinamik, ia juga jauh lebih berkesan dari segi kos berbanding ruang pejabat biasa. Ruang Kerja Bersama Servcorp menyediakan pelbagai persekitaran kerja untuk dipilih. Sama ada anda suka bekerja di salah satu sofa kulit halus kami, mengadakan mesyuarat pasukan kecil di salah satu pondok kami, bekerja dari kaunter bar supaya anda boleh sentiasa menikmati kopi dan teh premium kami, atau memiliki meja peribadi anda sendiri, semestinya ada ruang yang sesuai dengan gaya kerja anda. Kebanyakan ruang Kerja Bersama kami dilengkapi dengan pondok telefon kalis bunyi, jadi anda tidak perlu risau tentang orang lain pasang telinga mendengar panggilan penting atau peribadi anda. Servcorp Coworking menghubungkan anda dengan rangkaian profesional sejagat untuk berkongsi idea dan bekerja dengan lebih bijak.

SBeberapa kelebihan eksklusif Servcorp Coworking adalah anda mempunyai perkhidmatan sokongan perniagaan tambahan yang biasanya tidak terdapat di ruang Kerja Bersama yang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan alamat Servcorp sebagai tempat perniagaan anda untuk mendaftarkan syarikat baru atau untuk Servcorp mengendalikan mel anda. Anda juga boleh meminta nombor telefon perniagaan tempatan dijawab dengan cara yang anda suka dan dipindahkan ke telefon bimbit, rumah atau mana-mana nombor pilihan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Ruang Kerja Bersama Servcorp.

Apakah Ruang Kerja Hot Desk?

Sebagai pelanggan Hot Desk, anda boleh memilih mana-mana meja atau tempat duduk pondok (booth) yang tersedia di ruang kerja bersama semasa waktu perniagaan - anda hanya perlu membawa laptop anda dan mula bekerja. Siapa cepat, dia dapat!

Apakah Ruang Kerja Dedicated Desk?

Sebagai pelanggan Dedicated Desk, anda akan mendapat meja peribadi di ruang pejabat bersama khas untuk kegunaan anda 24/7, 365 hari setahun. Secara umumnya, kami ada antara 5 dan 15 meja di ruang Dedicated Desk, tetapi anda juga bebas untuk bekerja ruang kerja bersama.

Apakah kemudahan yang termasuk dalam keahlian Ruang Kerja Bersama?

  • Penggunaan ruang kerja bersama di lokasi asal anda
  • Wi-Fi yang selamat dan berkelajuan tinggi
  • Baucar Bulanan boleh digunakan untuk akses pelawat ke ruang kerja bersama, kemudahan percetakan atau perkhidmatan pasukan
  • Percetakan rangkaian yang diaktifkan dari mana-mana meja atau tempat duduk
  • Akses penuh kepada pasukan setiausaha dan bantuan IT di lokasi
  • Acara Bertemu Komuniti Berkala dan Waktu Riang Ria (Happy Hour)
  • Nikmati Kopi, Teh Twinings dan minuman buah-buahan tanpa had
  • Berkolaborasi, bekerja dan bersosial dengan komuniti lebih daripada 50,000 jurutera impian

Berapa pantaskah sambungan Wi-Fi di sini? Adakah ia selamat?

Pelanggan boleh menggunakan Wi-Fi yang pantas dan selamat dengan kabel gentian optik yang bersambung ke ISP dan pengasingan hos yang canggih. Kami telah melabur banyak dalam kelajuan dan keselamatan serta menawarkan dua pilihan Wi-Fi. Wi-Fi Percuma kami berfungsi dengan lebih baik dan lebih pantas daripada standard industri dan dilindungi oleh kata laluan yang dikongsi. Pilihan Wi-Fi Selamat kami dijamin dengan log masuk & kata laluan unik anda sendiri, sepantas kilat dan mempunyai teknologi penyulitan AES standard industri tertinggi untuk menjamin pengalaman Internet yang selamat.

Adakah terdapat sebarang perkhidmatan tambahan yang boleh dipilih?

Sudah tentu! Terdapat pelbagai perkhidmatan opsyenal untuk membantu perniagaan atau gaya kerja anda: misalnya tempahan bilik mesyuarat peribadi seawal 10 minit, sokongan setiausaha atau IT. Pengalaman panjang Servcorp dalam menyediakan perkhidmatan sokongan perniagaan boleh memberi anda kebebasan untuk memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan anda sendiri.

Perkhidmatan opsyenal yang paling popular adalah menggunakan alamat bertaraf 5 bintang kami sebagai alamat korporat anda DAN/ATAU memiliki nombor telefon tetap dengan seorang penyambut panggilan untuk menjawab panggilan anda.

Apakah Baucar Bulanan dan bagaimana saya boleh menggunakannya?


Setiap ahli Coworking akan menerima Baucar Bulanan yang boleh digunakan untuk akses lounge kerja bersama (untuk pelawat anda atau untuk digunakan di lokasi Servcorp lain di seluruh dunia), mencetak dokumen atau mendapat perkhidmatan setiausaha. Setiap bulan, ahli Hot Desk akan menerima baucar bernilai MYR 160 manakala ahli Dedicated Desk akan menerima baucar bernilai MYR 400.

Adakah baucar ini boleh dikumpulkan?

Tidak. Baucar harus digunakan dalam bulan ia diagihkan kepada ahli

Bolehkah saya membawa tetamu?

Ya. Gunakan Baucar Bulanan anda untuk membawa tetamu ke dalam lounge kerja bersama. Anda juga boleh membeli sesi kegunaan sebanyak MYR 48 sejam atau MYR 288 sehari.

Bolehkah tetamu saya (atau rakan sekerja) datang walaupun saya tidak berada di sana bersama mereka?

Tidak. Ahli wajib berada bersama tetamu mereka pada setiap masa.

Adakah ruang mesyuarat tersedia yang percuma?

Jika anda menggunakan baucar anda untuk tetamu anda, anda boleh mengadakan mesyuarat tidak formal di ruang kerja bersama. Untuk mesyuarat peribadi, anda perlu membuat tempahan bilik mesyuarat. Kami tidak menyediakan ruang mesyuarat percuma, tetapi anda boleh menempah fasiliti kami secara dalam talian dengan kadar yang berpatutan - dengan cara ini anda boleh pastikan anda mempunyai bilik mesyuarat yang tersedia. Ia bayar mengikut keperluan. Untuk mesyuarat Skype atau telefon, anda boleh menggunakan pondok telefon persendirian secara percuma (tidak tersedia di semua lokasi).

Bolehkah saya menggunakan telefon yang terletak di tempat duduk ruang kerja bersama saya?

Ya, kami menyediakan sebuah telefon video IP Cisco di setiap meja di ruang coworking untuk kegunaan anda. Panggilan yang dibuat akan dikenakan caj secara berasingan. Jika anda telah melanggan untuk menggunakan nombor telefon tempatan kami, telefon IP Cisco di meja akan dikonfigurasi secara automatik kepada nombor tempatan anda melalui aplikasi di telefon pintar anda (di lokasi terpilih sahaja). Anda akan dapat membuat panggilan telefon menggunakan nombor anda sendiri pada telefon IP Cisco di mana-mana meja.

  • Ruang Hot Desk
    • Akses mana-mana telefon yang tersedia dalam pondok telefon kalis bunyi kami
  • Ruang Dedicated Desk
    • Anda boleh memohon untuk menggunakan nombor telefon tersendiri dan memiliki telefon video IP Cisco sendiri di Meja Peribadi anda dengan elaun panggilan percuma bulanan (ke mana-mana destinasi)

Bolehkah saya menyimpan barang saya di sini?

  • Ruang Hot Desk
    • Kami menyediakan loker simpanan yang boleh disewa
  • Ruang Dedicated Desk
    • Pelanggan akan menerima kabinet penyimpanan yang boleh dikunci untuk kegunaan mereka

Adakah pelanggan Coworking boleh menggunakan lounge kerja bersama di lokasi Servcorp lain?

Ya, anda boleh menggunakan Baucar Bulanan anda untuk mengakses mana-mana ruang Kerja Bersama Servcorp di luar bandar anda di lebih daripada 150+ lokasi di seluruh dunia. Ruang Kerja Bersama adalah berbeza dari segi saiz dan jenis di setiap lokasi.

Berapa lamakah komitmen kontrak Coworking?

Kami percaya bahawa anda perlu datang melihat sendiri untuk memahami Servcorp dengan sepenuhnya. Sila minta satu lawatan dan kami dengan senang hati akan mengatur lawatan pejabat di lokasi yang sesuai untuk anda.

Berapa lamakah komitmen kontrak Coworking?

Pakej langganan akan diperbaharui secara bulanan, oleh itu kontrak kami sangat fleksibel.

Adakah saya perlu membayar Deposit Sekuriti? Adakah deposit ini boleh dikembalikan?

  • Ruang Hot Desk
    • Tiada deposit keselamatan perlu dibayar untuk Keahlian Hot Desk apabila anda membayar dengan kad kredit. Walau bagaimanapun, jika membayar melalui pindahan wang dari akaun bank, deposit keselamatan perlu dibayar.
  • Ruang Dedicated Desk
    • Deposit keselamatan 1 bulan perlu dibayar untuk kontrak Dedicated Desk. Deposit keselamatan akan dikembalikan sepenuhnya dengan syarat anda telah menyelesaikan sebarang yuran tertunggak yang berkaitan dengan keahlian anda.

Satu yuran tetapan (setup fee) akan dikutip satu kali untuk semua keahlian Kerja Bersama.

Bagaimanakah saya membatalkan keahlian Ruang Kerja Bersama saya?

Bagi semua keahlian di Ruang Kerja Bersama, kami memerlukan notis pemberitahuan satu bulan kalendar penuh. Jika anda memberi notis dalam tempoh sebulan, pembatalan anda akan berkuat kuasa pada hari terakhir bulan berikutnya.